suka? boleh click button like :)

Saturday, January 28, 2012

saya cuma reti minta maaf.

langit yang cerah tiba-tiba bertukar gelap. tanpa ada petanda dari negeri seberang, hujan membasahi tanah air ni. eh? mata ku basah? aku juga sedang berhujan rupanya. aku cuma seorang yang kerdil yang baru sahaja mencecah setahun jagung. belum mampu memahami erti sebenar perjalan di dunia ini. aku tidak pandai berbicara. aku yang dilihat sekarang sebagai seorang yang periang. seakan anak kecil yang tidak punya masalah. tapi sayang, aku sebenarnya masih wujud yang dulu. masih wujud si pendiam, si penakut. aku tidak pernah pandai berkata-kata. tidak pernah hebat mencuba menyelami hati yang lain. aku terlalu takutkan kesilapan. aku takut aku terlalu jijik di mata yang lain. aku takutkan keseorangan. terlampau takut. wahai sang istimewa, aku rindukan kau. setulusnya aku mohon maaf atas segala tingkah laku aku. maaf, tapi aku tak sedar di mana salah aku. aku mohon maaf. :'(

Friday, January 6, 2012

unexpected, i got engaged :)

I'm engaged!!! ;D hahaha so funnyh! *anoying way. this week in class LAW 299 i learn about Capacity. so, in order to form a valid contract , the contracting parties must have the capacity to enter into a contract bla bla bla ...... *reading the topic of capacity in textbook -__-!

haha. actually what i'm trying to share with you guys is if your boyfriend is proposing you like "when you are 20, i'm going to marry you" and you are deeply falling in love you said "awww, yes. i'm going to marry you." so, right there, there is already an agreement of marriage. so if one of you guys trying to breached the contract, one of you can be sued for breach of promises of marriage.

haaa, so now all the girls can sued all their ex-boyfriend who promise to marry them. LOL! ok, i'm not a lawyer(but a lawyer buruk, yes!) nor an expert in subject of LAW 299, so i didn't really know how come there's an agreement made, in what way the agreement appear or so on. i just share this for fun. i don't even know if this is true and valid. it is just based on what i understand during the class. heeee.

right now i am going to court to sued all of my ex-boyfriend. HAHAHA

p/s : marriage is a BIG thing ayy. :)

Friday, December 23, 2011

perubahan drastik


al kisahnya, ayah mengharap yang lebih baik daripada jaja untuk akhirat. terus terang jaja katakan, memang berat. tapi dituntut dalam Islam. mesti semua tertanya-tanya kan. ok lah, tugasnya ialah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. memang dari dulu itulah impian jaja, tapi nafsu perempuan nak melaram ni kadang-kadang sampai lupa apa yang sepatutnya ditutup. sedih dengan diri sendiri sebab tak dapat laksanakan benda paling mudah. lagi sedih bila ayah kata "jangan buat ayah menangis dalam kubur nanti." apa yang jaja boleh buat sekarang, doa banyak-banyak dan mengharapkan kekuatan,pertolongan dari yang SATU. insyaallah jaja akan cuba satu persatu.

p/s : doakan jaja :)

Sunday, November 20, 2011

i appreciate you precious

sayang, saya tahu kita memang akan berpisah. tetapi tidak pernah menjangkakan secepat ini. sebaknya hati ini, remuk! "aku akan kehilangan dia yang sentiasa melayan kerenah ku, tangis ku, tawa ku! dia yang sentiasa fikirkan aku, menjaga aku. oh tidak!" perasaan itu cuma singgah sebentar. saya yakin keputusan itu adalah yang terbaik untuk diri awak. saya relakan dan berdoa tidak akan pernah putusnya tali persahabatan ini.

p/s : HANNAH TRISHA, AYIHSSHIYA good luck! :)

Thursday, November 17, 2011

bukan sesiapa

boyfriend, girlfriend, bukan sesiapa selagi belum ada ikatan sah. so jangan nak bermaharajalela sangat mengawal orang. ya, mungkin kamu kamu punya satu perasaan di mana tidak wujud antara kamu dengan yang lain, tapi selagi tiada ikatan sah, kamu bukan sesiapa dan masing-masing berhak dengan pandangan dan keputusan masing-masing.

sang manusia, kau mencerca orang hanya kerana ingin berkawan dengan kekasih hati orang, bekas kekasih hati orang. di manakah kekuasaanmu untuk mencerca mereka? dan lihatlah sekarang, kau juga menjadi salah seorang seperti mereka. malah engkau lebih teruk.

masing-masing punya hak individu. kau sang manusia, tidak perlu mengganggu mereka. tidak perlu mengganggu yang tidak penting. selagi ia tidak melibatkan dirimu dan orang tersayang, selagi ia tidak melibatkan agama, sibuklah diri kau dengan hak engkau sahaja.